Thursday, August 5, 2010

Kerosaklan dan Pengujian diod

>  Diod boleh diuji menggunakan meter pelbagai analog dan meter pelbagai
     berdigit.
>  Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai analog, fungsi meter ohm
     digunakan.Dalam keadaan pincang ke depan, nilai bacaan adalah dalam
     lingkungan di bawah 10 ohm manakala dalam keadaan pincang songsang
     bacaan adalah infiniti.
>  Apabila meter pelbagai berdigit digunakan, meter dilaraskan ke fungsi
     pengujian diod.
>  Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8 V
     (untuk diod jenis silikon dan 0.2 hingga 0.4 diod jenis germanium).
>  Rajah ini menunjukkan cara pengujian diod menggunakan meter pelbagai
     analog.
>  Dua jenis kerosakan yang sering berlaku kepada diod ialah terbuka dan
     terpintas. Kerosakan terbuka dan terpintas boleh diuji menggunakan ujian
     meter ohm. Rajah ini menunjukkan bacaan pada meter ohm apabila menguji
     kerosakan diod.

                                                 Kaedah pengujian diod
                                             

No comments:

Post a Comment