Thursday, August 5, 2010

Kerosaklan dan Pengujian diod

>  Diod boleh diuji menggunakan meter pelbagai analog dan meter pelbagai
     berdigit.
>  Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai analog, fungsi meter ohm
     digunakan.Dalam keadaan pincang ke depan, nilai bacaan adalah dalam
     lingkungan di bawah 10 ohm manakala dalam keadaan pincang songsang
     bacaan adalah infiniti.
>  Apabila meter pelbagai berdigit digunakan, meter dilaraskan ke fungsi
     pengujian diod.
>  Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8 V
     (untuk diod jenis silikon dan 0.2 hingga 0.4 diod jenis germanium).
>  Rajah ini menunjukkan cara pengujian diod menggunakan meter pelbagai
     analog.
>  Dua jenis kerosakan yang sering berlaku kepada diod ialah terbuka dan
     terpintas. Kerosakan terbuka dan terpintas boleh diuji menggunakan ujian
     meter ohm. Rajah ini menunjukkan bacaan pada meter ohm apabila menguji
     kerosakan diod.

                                                 Kaedah pengujian diod
                                             

Diod Zener

> Diod zener ialah satu lagi contoh diod yang banyak digunakan dalam litar
    elektronik.Simbol diod zener ditunjukkan dalam rajah ini.
> Diod zener mempunyai ciri membenarkan arus mengalir dalam keadaan pincang
    songsang apabila nilai voltan pincang songsang yang dibekalkan mencapai nilai
    voltan zener,Vz.
>  Lengkung ciri I-V diod zener ialah seperti ditunjukkan dalam rajah ini.


                                                   Lengkung I-V diod zener

>  Penggunaan diod zener ialah sebagai pengatur voltan seperti yang
     ditunjukkan dalam rajah ini.
>  Dalam litar pada rajah ini ,diod zener mengatur voltan keluaran ke 7.5 V,iaitu
    bersamaan dengan nilai voltan zener diod tersebut.



                                          Diod zener sebagai pengatur voltan

Kegunaan Simpang Diod PN

*Antara kegunaan diod simpang PN ialah sebagai:

(a)Penerus
(b)Pengehad
(c)Pelindung

*Litar penerus menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.

*Ciri diod yang membenarkan arus mengalir satu hala sahaja menyebabkan hanya separuh daripada kitar bekalan sampai ke bahagian keluaran.

*Rajah litar penerus beserta bentuk gelombang masukan dan keluaran ditunjukkan dalam rajah ini

Diod Simpang PN

> Diod ialah komponen separuh pengalir yang membenarkan arus mengalir satu
    hala sahaja.Gambar ini menunjukkan contoh bentuk fizikal diod.

> Dalam modul ini dua jenis diod akan dibincangkan iaitu diod simpang PN dan
    diod zener.

> Diod simpang PN terbentuk hasil daripada percantuman bahan N dan bahan P.
    Struktur binaan, bentuk fizikal dan simbol diod adalah seperti ditunjukkan
    dalam rajah ini.
Bentuk fizikal dan simbol
 
                            

InTRO0....

Assalamualaikum n wazzap...my name is Ahmad firdaus b.Azman..y'all can call me
jojoz or cute boy...muahahahaha...my another friend who doing this blog is Muhammad Faiz b.Saleh..

We want to say thank you who open this blog..this blog is about our project school mpav...you can learn from our blog about electric & electronic...

hope y'all enjoy our blog n comment about it...